Thursday, July 18, 2013

++sharing nukilan dayana

harini ai nak lah share nukilan sejuk suam2 airmata turun laju2 dayana (1st wife ashraf) yg dia tulis kat fb dia tuh... sedih siot.. sbg seorg yg pernah di curangi, oh ai sgt pahaminya lah..
apa boleh buat kan, redha je lah.. harini dia buat kt kite, esok dia dpt lak.. allah itu maha adil.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
*ralat: dikatakan puisi ni bukan dia tulis. wallahualam.

currently listening to:jt mirrors
currently feeling:sad
i wanna be:a supermodel

No comments: